Rentetan Perjalanan Hidup Dalam Radio Amatur


Cq..cq..cq.. this is Nine Mike Four Charlie Sierra Bravo(9M4CSB)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan yang berkunjung ke laman ini..terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman ini.. Dikesempatan ini saya handle station ini MAZZAID BIN MAZELAN pemegang callsign 9W2VZD ingin mencoret sedikit infomasi tentang bagaimana saya berminat dan tertarik dengan hobi amatur radio ini..

Semuanya bermula dari berpengakap. Pengakap adalah unit berunifom yang telah saya ceburi dari sekolah rendah,sekolah menengah dan kata-kata ini “sekali berpengakap selamanya berpengakap”. Sehingga kini saya menjadi ahli pengakap kelana Persekutuan Pengakap Malaysia daerah Sungai Besar.Pengakap adalah satu unit berunifom yang unik bagi saya tetapi mungkin berlainan pada individu lain.Banyak aktiviti yang telah saya pelajari yang sedikit sebanyak dapat mengajar saya hidup berdikari..

Bermula di sekolah rendah (sekolah kebangsaan simpang 5 1995-2000) ketika saya berumur 10 tahun di darjah 4 hingga ke darjah 6 ,saya telah menceburkan diri dalam unit berunifom pengakap ini.Ketika itu pemimpin pengakap kumpulan 20 dipimpin oleh En. Bakar Bin Sias.Manakala masuk sahaja disekolah menengah (Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mustaffa 2000-2005). Di tingkatan 1 saya dipilih untuk menyertai Kadet Pemadam Sekolah tetapi saya bertekad untuk tidak menyertai unit berunifom tersebut.langsung itu saya terus barjumpa dengan En.Sulaiman Bin Akup iaitu Pemimpin Pengakap Kumpulan 15 SMKDM bagi menyatakan hasrat saya menyertai pengakap.. Alhamdulillhah saya dapat menyertai pengakap sehingga saya tamat tingkatan 5 di sekolah tersebut.

Apa yang menariknya bagi pengakap ini ada satu yang unik iaitu aktiviti JOTA( Jamboree On The Air) dan JOTI (Jamboree On The Internet).Saya mula mengikuti aktiviti jota ini ketika itu saya ditingkatan 5. Yang mana aktiviti ini telah dijalankan diperingkat negeri yang diberi nama THE INTERNATIONAL JAMBOREE ON THE AIR PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR (48th JAMBOREE ON THE AIR/9th JAMBOREE ON THE INTERNET) pada 14-16 oktober 2005 bertempat De Alam Desa SeaView Resort Parit 8 Sungai Leman Sekinchan Selangor. Ketika ini saya menjadi salah seorang peserta yang mana callsign stesen jotanya ialah 9M4CSB dimana En.Abdullah Bin Abdul Samad 9M2DS kini(silent key) ialah stesen master bagi stesen jota ini.

Ketika ini saya masih tidak mengenali apa itu jota/joti sehingga saya memasuki tingkatan 6 (Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar 2006-2007) saya masih lagi mengikuit pergerakan pengakap dimana saya salah seorang krew kelana A PPM Sungai Besar yang mana pemimpin pengakap kelana A dipimpin oleh En.Ahmad Januri Bin Jamil. Disekolah ini barulah saya dapat mengenali En.Hussairy Bin Sidek 9W2VVH dengan lebih rapat lagi. di akhir oktober 2007 saya telah mengikuti JAMBOREE DI UDARA KE-50 pada 20-21 oktober 2008 bertempat di Balai JKKK Kampung Sungai Limau Sungai Besar, Selangor. Disini bermulalah minat saya kepada dunia amatur radio dan dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang apa itu radio amatur yang saya salah anggap sebagai “tonto” sebelum ini..

Disamping itu saya tidak ketinggalan mengikuti pameran apabila Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar(KERAP) yang bercallsign 9M4CSB di jemput untuk membuat pameran kerana disini saya dapat belajar serba sedikit bagaimana henadak menjadi pengendali stesen. dipenghujung tahun 2007 saya tidak sempat menduduki RAE siri 2 2007 kerana masa dan hari yang sama saya menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM).

Alhamdulillah pada tahun 2008 ini saya telah menduduki RAE siri 1 2008 bersama 3 rakan yang lain dari lokalan Sungai Besar. Alhamdulillah dari 4 orang yang pergi menduduki RAE ini, 3 orang berjaya iaitu 9W2MJD,9W2VZQ, termasuk saya 9W2VZD dan seorang tidak berjaya.. perasaan lega apabila berjaya memperolehi Apparatus Assingment(AA) pada 2 September 2008 bersamaan 2 Ramadhan 1429hijrah. Sekalung penghargaan buat rakan-rakan lokalan yang turut serta menyumbangkan buah fikiran tentang tentang apa itu radio amatur kepada saya dan juga rakan- rakan sebagai persediaan sebelum saya menduduki RAE sehingga kini..

Pada tahun ini sahaja PPM Sungai Besar telah berjaya menjalankan aktiviti JOTA/JOTI iaitu JOTA MALAYSIA PERTAMA pada 17-18 Mei 2008 dengan special callsign 9M1CSB sempena 100 tahun pengakap di Malaysia pada tahun 2008 bertempat di S.M.K.Sungai Besar, yang kedua JAMBOREE sempena 4th ASIAN PACIFIC REGION pada 2-3 ogos 2008 juga bertempat di S.M.K.Sungai Besar dan yang terbaru dijalankan JAMBOREE WORLD SCOUT sempena 51th JOTA dan sempena 12th JOTI pada 18-19 oktober 2008 bertempat di S.M.K Seri Bedena. Sehingga kini saya masih aktif lagi dalam pengakap“sekali berpengakap selamanya berpengakap” dan kini saya baru mula berjinak-jinak menjejaki kisah sebenar apa itu radio amatur..

My Apparatus Assignment

Alhamdulillah...Tanggal 2 September 2008 bersamaan 2 Ramadhan 1429hijrah, bergelarlah saya sebagai rakan ham dalam dunia radio amatur ini...

73 de 9W2VZD dadadida..

No comments: